“OUR CITY OUR HOME”

Bulan Pencahayaan Putrajaya diadakan bertujuan menceriakan dan menyemarakkan lagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 di samping memupuk rasa cinta, sayang dan aspirasi ‘Our City Our Home’ bagi semua warga Wilayah Persekutuan.
Limpahan cahaya yang mewarnai Putrajaya dilihat sebagai simbolik meraikan Hari Wilayah Persekutuan 2022. Warna-warni lampu kuning, biru dan merah yang melambangkan warna bendera Wilayah Persekutuan telah dipancarkan pada jambatan-jambatan ikonik seperti Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Saujana dan air pancut di tasik Putrajaya.
Pencahayaan ‘warm white’ itu pastinya akan menyerlahkan elemen-elemen seni bina, tekstur serta warna asal bahan-bahan pada bangunan ikonik di Putrajaya, yang berunsurkan kiasan seni bina Islamik moden dan seni bina Melayu moden seperti bangunan Perdana Putra, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kompleks PPj.
Sementara itu, PPj memaklumkan bahawa orang ramai dapat menyaksikan mercu-mercu tanda di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan bercahaya pada setiap malam sehingga 28 Februari, sempena Bulan Pencahayaan Wilayah Persekutuan Putrajaya itu.
Sehubungan itu, Ayuh kita ke Putrajaya menatap limpahan cahaya.
Selamat liburan di Putrajaya
Sumber : Perbadanan Putrajaya

Gambar Ihsan : Unit Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia

 

 

.

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut