PROGRAM PENCAHAYAAN ANJURAN PERBADANAN LABUAN SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2022

WP LABUAN – Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini dimeriahkan dengan Program Pencahayaan yang diadakan di Wisma Perbadanan Labuan (PL). Program yang bertemakan Keluarga Malaysia ini dilancarkan oleh YBhg Dato’ Sri Haji Amir bin Haji Hussein, Pengerusi PL. Objektif program tersebut adalah untuk memastikan Labuan berada dalam keadaan meriah dan ceria dengan limpahan cahaya menghiasi suasana malam sepanjang Februari.

Antara pengisian program adalah pertandingan Glow in The Dark Workout Dance dan Fun Light Ride. Diharapkan Program Pencahayaan ini akan menyerlahkan keindahan bandar Labuan serta memeriahkan lagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini.

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Kredit: Perbadanan Labuan (PL)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …