LAWATAN KERJA KSU KKM KE HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN

   

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KSU KKM), YBhg. Dato’ Sri Mohd Syafiq Bin Abdullah bersama delegasi melibatkan wakil beberapa kementerian hadir dalam satu sesi lawatan kerja di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, siang tadi.

Rombongan yang terdiri daripada beberapa wakil Kementerian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) serta syarikat kontraktor yang dilantik hadir meninjau lokasi di dalam hospital yang bakal terlibat dengan projek naik taraf mega tidak lama lagi.

Beliau meluangkan masa lebih satu jam melawat beberapa lokasi yang akan dinaik taraf antaranya Unit Rawatan Rapi (ICU) Hybrid, Jabatan Kecemasan & Trauma (ETD), tapak parkir klinik pakar, wad 8B dan makmal Mikrobiologi Jabatan Patologi sebelum dibawa menghadiri satu sesi taklimat berkaitan projek berkenaan.

Hadir sama, Pengarah JKNNS, Dato’ Dr. Harlina Bt. Abdul Rashid dan Pengarah HTJS, Dr. Zaleha Bt Md. Noor serta Timbalan-Timbalan Pengarah dan juga wakil-wakil dari setiap jabatan.

HTJS bakal terlibat dalam kerja naik taraf beberapa sistem termasuklah sistem bekalan gas perubatan, pendingin hawa berpusat, pencegahan kebakaran, pendawaian elektrik dan beberapa kerja berkaitan di bangunan utama hospital bermula suku pertama tahun ini.

   

Sumber : FB Hospital Tuanku Ja’afar Seremban

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …