AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDNHEP NEGERI SEMBILAN

       

30 Januari 2022, Ahad- Pasukan penguat kuasa Seremban telah mempergiatkan pemeriksaan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2022, Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) dan pemeriksaan bekalan telur ayam di premis-premis sekitar Tampin dan Rantau.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua peniaga yang diperiksa patuh pada penandaan harga dengan mempamerkan tag/label warna merah jambu pada barangan harga terkawal dan menjual mengikut harga kawalan SHMKM. Tanda harga bagi barangan lain juga dipamerkan dan alat timbang yang digunakan masih sah tempoh penentusahan.

Pemeriksaan juga mendapati kedudukan bekalan telur ayam pelbagai gred adalah mencukupi di premis-premis tersebut dan mudah diperolehi oleh pengguna sekitar kawasan ini.

Premis-premis yang diperiksa juga mematuhi SOP PPN dengan menyediakan QR MySejahtera untuk pendaftaran masuk premis, sanitizer dan pengimbas suhu .Keseluruhannya 40 premis telah diperiksa dan dikeluarkan KPP bagi tujuan rekod.

Sumber : FB KPDNHEP – Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut