AMANITA SERTAI PROGRAM SERAHAN HAMPER TAHUN BARU CINA OLEH MYKASIHCARE DI TOKONG KAMPUNG AIR KUNING, LINGGI.

 

Pada 28 Februari 2022 jam 4.00 petang, bertempat di Tokong Kampung Air Kuning, Linggi penyerahan hamper sumbangan daripada TF Value Port Dickson oleh Persatuan Kebajikan Ikhlas Al Mawaddah (Mykasihcare) Port Dickson kepada (70) orang penerima terdiri daripada warga emas/ ibu tunggal/ OKU/ dan asnaf sempena sambutan Tahun Baru Cina kepada penduduk Kampung Air Kuning, Linggi.

Kehadiran Encik Syed Shukri Nizam bin Jaafar – Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Al Mawaddah ( Mykasihcare) bersama ( sukarelawan Mykasihcare, Encik Lew Sai Tet – Pengerusi Penduduk Kampung Air Kuning, Linggi dan Insp. Norraini binti Sulaiman bersama (4) anggota AMANITA telah membuatkan penduduk merasa teruja dan gembira.

Semasa lawatan, Amanita telah mengedarkan beberapa helai risalah dan mendapatkan maklumat berkenaan tahap keamanan, keselamatan dan hal-hal berkaitan jenayah di kawasan kejiranan mereka di samping menerangkan objektif lawatan:

1) Memberi pendekatan dalam mendidik masyarakat terutama suri rumah mengenai keselamatan diri, keluarga dan harta benda disamping menggalakkan suri rumah untuk menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak polis.

2) Merealisasikan konsep ‘Engangement Housewives’ yang memerlukan kerjasama dari pelbagai agensi dalam penyaluran maklumat.

3) Menerangkan kepada golongan suri rumah yang merupakan golongan yang sesuai menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dalam konsep pencegahan jenayah.

4) Menasihati penduduk / suri rumah agar sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri di musim Covid-19 serta sentiasa mematuhi SOP PPN yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Sumber : FB Polis Port Dickson

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …