PEMERIKSAAN TADBIR TAHUNAN 11 KAD

   

NEGERI SEMBILAN: Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim melakukan Pemeriksaan Tadbir Tahunan ke atas Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD) di Gemas pada 24 dan 25 Jan 2022.

Sejurus ketibaan Panglima 3 Div di Wisma Perwira 11 KAD, beliau mendengar taklimat mengenai perkara Gerak, Tadbir dan Logistik yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah 11 KAD. Keesokan harinya, Panglima 3 Div meluangkan masa menyertai Physical Training bersama pegawai dan anggota 11 KAD di dalam kawasan perimeter pagar kem.

Seterusnya, Pemeriksaan Tadbir Tahunan dimulakan dengan ketibaan Panglima 3 Div di 11 KAD, lalu melakukan pemeriksaan Kawalan Kuarter. Beliau kemudiannya melakukan pemeriksaan perbarisan serta menyaksikan demonstrasi latihan Trup Siap Siaga di Padang Kawad 11 KAD.

Panglima 3 Div turut mengadakan lawatan ke atas instalasi 11 KAD iaitu Balai Pengawal, Stor Senjata, Rumah Masak dan garaj Kenderaan Jenis B (KJB) sebelum menyampaikan sumbangan kepada 12 keluarga anggota mangsa banjir. Dalam ucapannya Panglima 3 Div menzahirkan rasa bangga terhadap semangat, komitmen dan taat setia tidak berbelah bahagi yang dicurahkan oleh warga 11 KAD dalam persiapan melaksanakan Pemeriksaan Tadbir Tahunan ini.

Beliau juga menyifatkan 11 KAD sebagai sebuah pasukan unik kerana ia merupakan satu-satunya pasukan tempur yang memiliki aset kereta kebal di dalam Tentera Darat (TD). Beliau mengingatkan warga 11 KAD agar sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pelaksanaan latihan di pasukan kerana aset yang paling bernilai adalah anggota yang berkepakaran, profesional dan terlatih.

Di akhir ucapan beliau mengingatkan semua anggota agar menjaga diri dan keluarga masing-masing dan menjauhi perkara yang boleh menjejaskan imej tentera. Aktiviti diakhiri dengan sesi menandatangani Buku Lawatan dan penyampaian cenderakenangan.

   

Sumber : Berita Tentera Darat Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut