MELANGGAR SYARAT LESEN MENJUAL MINYAK DIESEL KPDNHEP PULAU PINANG AMBIL TINDAKAN

Bukit Tengah, 27 Januari 2022- Pada 26 Januari 2022 yang lepas, tindakan telah diambil keatas sebuah stesen minyak dan pemilik lori atas risikan yang telah dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang. Hasil risikan mendapati stesen minyak tersebut telah melanggar syarat lesen yang mana menjual minyak diesel kepada pembeli yang tidak mempunyai surat kuasa atau permit sah bagi tujuan pembelian minyak diesel.

Hasil pemeriksaan juga mendapati seorang lelaki telah diambil tindakan kerana gagal mengemukakan surat kuasa atau permit khas dan disyaki tiada surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan semasa pemeriksaan dilakukan.

Dua (2) tindakan kes telah dihasilkan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Sehubungan itu, nilai rampasan dan sitaan bagi kedua-dua kes hampir mencecah RM 52,520.00.

Sumber berita dan gambar:
Facebook KPDNHEP Pulau Pinang

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …