MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG GERAKAN NEGERI (JPGN) NEGERI PULAU PINANG BIL.1/2022

Pulau Pinang, 27 Januari 2022 – Pada 26 Januari 2022, Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri (JPGN) Negeri Pulau Pinang telah berlangsung dan dipengerusi bersama oleh YBhg Brigedier Jeneral Mohd Akib bin Hj Yusof, Panglima Markas ke 6 Briged  dan YDH CP Dato’ Mohd. Shuhaily bin Mohd. Zain, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang. YBhg. Panglima menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua-Ketua Jabatan yang setia dan komited berkhidmat untuk memastikan keselamatan di Negeri Pulau Pinang sentiasa terpelihara.

YBhg. Panglima memaklumkan peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai agensi peneraju National Task Force (NTF) bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta agensi penguatkuasaan dan keselamatan lain akan terus memperkasakan kawalan persempadanan negara melalui pelaksanaan Op Benteng. Ia bagi mengekang sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan terutama membabitkan pencerobohan pendatang asing tanpa izin. Selain itu agensi penguatkuasaan dan keselamatan yang lain juga berperanan membantu kerajaan dalam mengekalkan keselamatan, kestabilan dan kemakmuran di Negeri  Pulau Pinang.

Selain itu, sepertimana ucapan YBhg Panglima, YDH Dato’ Ketua Polis Negeri, turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak ATM dan rakan strategik yang lain yang telah memberikan kerjasama kepada pihak PDRM dalam semua aspek pengurusan keselamatan dan kedaulatan negara terutamanya di Negeri Pulau Pinang. Melalui JPGN, YDH Dato’ Ketua Polis Negeri berharap ia akan menjadi satu platform untuk memperkukuhkan jaringan dan kerjasama agensi keselamatan, perisikan serta penguatkuasaan.

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …