Georgetown, 27 Januari 2022 – YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri satu Sidang Media yang berlangsung di Pusat Media IPK Pulau Pinang pada 26 Januari 2022 (Selasa). Pada 21 hingga 23 Januari 2022, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang telah melancarkan Operasi Tapis Khas di sekitar Kontinjen Pulau Pinang dan berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan rampasan pelbagai dadah bernilai RM2,007,780.20 dan seramai 334 orang telah berjaya ditangkap. Nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM 1,328705.00.

Dalam operasi yang sama pihak polis telah membuat 4 serbuan di sekitar Seberang Perai yang merupakan kes menarik telah berjaya menangkap 3 lelaki 1 perempuan tempatan dengan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM3,305,895.00.
Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau pemenjaraan seumur hidup. Jika tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada (15) sebatan bagi pesalah yang disabitkan kesalahan. Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
Sumber berita dan gambar:
Facebook PDRM Pulau Pinang



