PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PERAYAAN THAIPUSAM DI KUIL SRI SUBRAMANIAM

MELAKA TENGAH, 17 Jan – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Negeri Melaka bersama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah menjalankan pemantauan pematuhan SOP di Kuil Subramaniam, Batu Berendam sempena sambutan perayaan Thaipusam pada 18hb Januari 2022 bermula jam 7.00 pagi.

Pihak pengurusan kuil sedang membuat persiapan seperti pemasangan khemah untuk pendaftaran dan Scan QR Mysejahtera, ruang menunggu, ruang mencukur rambut, penandaan laluan masuk dan keluar serta penandaan di dalam kuil.

Pihak pengurusan turut memaklumkan bahawa setiap khemah akan ditempatkan petugas sukarelawan yang akan memakai tag berwarna biru untuk kawal selia keadaan pada waktu upacara tersebut.

Aktiviti yang dijalankan  pada 18hb Januari 2022 bermula jam 7.00 pagi adalah Paal Kaadam, dan cukur rambut manakala perarakan kereta Chariot, mandi ritual, dan Kaavadi tidak dijalankan pada perayaan Thaipusam kali ini.

Taklimat SOP sambutan perayaan Thaipusam telah diberikan kepada pihak pengurusan kuil agar perjalanan upacara sembahyang sempena Thaipusam berjalan lancar.

 #KeluargaMalaysia #MKNMelaka 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …