AMANITA IPD PORT DICKSON AMAL KONSEP SANTAI DEKATI WANITA

14 Jan 2022 – Taman PD Utama, Port Dickson. AMANITA IPD Port Dickson mengamalkan konsep santai untuk mendekati wanita terutama golongan suri rumah semasa menjalankan rondaan/lawatan di Taman PD Utama bagi mendapatkan maklumat situasi keamanan dan keselamatan di kawasan kejiranan mereka pasca kuarantin menyeluruh akibat pandemik COVID 19 yang melanda negara.

Golongan suri rumah yang ditemui menyatakan terima kasih dan terharu kerana pendekatan santai oleh PDRM melalui AMANITA membuat mereka merasa lebih selesa dan terbuka untuk menyalurkan maklumat jenayah/bercerita khabar berita/keadaan semasa/ bagaimana mereka melalui/ menangani cabaran menghadapi COVID 19.

AMANITA juga sempat meluangkan masa melawat dan beramah mesra dengan pekerja wanita di Chorus Hotel. Port Dickson.

OBJEKTIF RONDAAN/ LAWATAN :

  • Memberi pendekatan dalam mendidik masyarakat terutama suri rumah / peniaga mengenai keselamatan diri, keluarga dan harta benda disamping menggalakkan suri rumah /peniaga untuk menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak polis.
  • Merialisasikan konsep ‘Engangement Housewives’ yang memerlukan kerjasama dari pelbagai agensi dalam penyaluran maklumat.
  • Menerangkan kepada golongan suri rumah / peniaga yang merupakan golongan yang sesuai menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dalam konsep pencegahan jenayah
  • Menasihati suri rumah / peniaga agar sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri di musim Covid-19 serta sentiasa mematuhi SOP PPN yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Sumber : Polis Daerah Port Dickson

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …