#JUBLI EMAS: KENALI DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

SIRI SAMBUTAN JUBLI EMAS BANDAR RAYA KUALA LUMPUR.

Bandar Raya Kuala Lumpur yang kini merupakan ibu negara Malaysia, telah mendapat status sebagai sebuah bandar raya pada tahun 1972. Sebagai sebuah bandar yang telah mendapat status bandar raya, pentadbiran bandar tersebut akan dipimpin oleh seorang Datuk Bandar.

Di Kuala Lumpur jawatan Datuk Bandar adalah jawatan yang diperkenalkan bagi menggantikan peranan Pesuruhjaya Ibu Kota Kuala Lumpur. Jawatan Datuk Bandar dilantik oleh Menteri Wilayah Persekutuan serta persetujuan oleh Perdana Menteri dan mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Sejak tahun 1972 sehingga kini, bandar raya Kuala Lumpur telah ditadbir oleh 13 orang Datuk Bandar. Berikut merupakan senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur mengikut tarikh perkhidmatan masing-masing:

1. Tan Sri Datuk Lokman bin Yusof

(1 Feb 1972 – 13 Mei 1972)

2. Tan Sri Yaacob Abdul Latiff

(1 Jul 1972 – 31 Okt 1981)

3. Tan Sri Dato’ Seri Elyas Omar 

(1 Nov 1981 – 17 Sep 1992)

4. Tan Sri Dr. Mazlan bin Ahmad

(17 Nov 1992 – 12 Dis 1995)

5. Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman Shariff

(13 Dis 1995 – 13 Dis 2001)

6. Datuk Hj. Mohmad Shaid Mohd Taufek

(14 Dis 2001 – 13 Dis 2004)

7. Datuk Seri Hj. Ruslin Hasan

(14 Dis 2004 – 13 Dis 2006)

8. Datuk Seri Ab. Hakim Borhan

(14 Dis 2006 – 13 Dis 2008)

9. Tan Sri Ahmad Fuad Ismail

(14 Dis 2008 – 13 Julai 2012)

10. Tan Sri Hj. Ahmad Phesal Hj. Talib

(18 Julai 2012 – 17 Julai 2015)

11. Tan Sri Hj. Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz

(18 Julai 2015 – 30 Sep 2018)

12. Datuk Seri Nor Hisham Ahmad Dahlan

(2 Oktober 2018 – 30 September 2020)

13. Datuk Seri Haji Mahadi Che Ngah

(1 Oktober 2020 – sehingga kini)

 

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

GELOMBANG PANAS MERENTASI ASIA, BUKAN HANYA DI MALAYSIA

Beberapa kawasan di Asia sedang mengalami cuaca panas terik berikutan gelombang haba melepasi suhu pecah rekod dari Myanmar hingga Filipina, …
Maklumat Lanjut

RUMAH KAYU TANPA PAKU BERUSIA 88 TAHUN JADI TARIKAN DI TEMERLOH

WALAUPUN nampak usang, rumah kayu yang tersergam dan kelihatan masih kukuh di Kampung Chengal, Batu Satu, Jalan Temerloh-Mentakab, Pahang ini, …
Maklumat Lanjut

KAPAL LAYAR KAYU TERBESAR DUNIA BERLABUH DI MELAKA

Pantai Kundur – Sebuah kapal layar kayu tradisional terbesar di dunia selamat berlabuh di Pelabuhan Tanjung Bruas, di sini, sebagai …
Maklumat Lanjut