KUALA LUMPUR – Skuad Jejak Asnaf telah turun padang untuk menjalankan bancian terhadap mangsa banjir di Jalan Tiong Nam, bawah Parlimen Bukit Bintang pada 8 Januari 2022 yang lalu. Bancian ini penting untuk mengenalpasti kerosakan dan kerugian yang dialami oleh mangsa akibat kejadian banjir lumpur yang berlaku pada 18 Disember 2022.
Ini merupakan sebahagian daripada fasa Program Sentuhan Kasih MAIWP 2.0 yang bertujuan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Wilayah Persekutuan dalam bentuk baik pulih kediaman, premis perniagaan dan kenderaan. Rata-rata yang ditemui mengadu perkakas dan perabot rumah mereka rosak teruk dan terpaksa dibuang berikutan ditenggelami air setinggi 2 meter.
Pihak Skuad menzahirkan rasa simpati atas nasib yang menimpa mereka dan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan data lengkap sebelum bantuan yang selayaknya dapat disalurkan.
Pihak Skuad juga meminta agar mana-mana mangsa yang terjejas akibat banjir tempoh hari tetapi belum dibanci untuk melaporkan kepada Skuad Jejak Asnaf di Hotline Musibah (01159359545) dan datang ke Ibu Pejabat Baitulmal MAIWP untuk mendapatkan Kit Musibah Khas Banjir sekiranya memerlukan.
Amanah Pembayar Zakat Kami Tunaikan.
SUMBER: FB PUSAT PUNGUTAN ZAKAT https://www.facebook.com/myzakat