WARGA 1 BRIGED TERIMA BANTUAN

     

NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Banjir Warga Tentera Darat (TD) bagi Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Briged Pertama Infantri Malaysia (1 Bgd) bertempat di Auditorium Pusat Olah Perang Tentera Darat (POP TD), Gemas pada 10 Januari 2022.

Seramai dua pegawai dan 48 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang terkesan akibat bencana banjir telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan. Kesudian PTD untuk hadir ke majlis ini menunjukkan keprihatinan beliau terhadap kesusahan yang dialami oleh anggota yang terjejas akibat banjir.

Beliau mengharapkan sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung akibat kerugian yang dialami.Acara dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan selain seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga.

Turut hadir, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mohd Saifulisham Hj Baharun.

 

Sumber : Laman FB Berita Tentera Darat Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …