FRONTLINERS HOSPITAL JUGA TIDAK TERLEPAS DARIPADA MUSIBAH BANJIR
Majlis Menyantuni Frontliner Hospital Ampang yang terlibat dalam musibah banjir telah dilaksanakan pada 5 Januari 2022. JAWI Food Bank telah menyumbang bakul makanan kepada 65 orang kakitangan Hospital Ampang. Penyampaian disempurnakan oleh YBhg. Dr. Kasuadi Hussin, Pengarah Hospital Ampang diiringi YBrs. Us. Hj. Che Khalek bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid mewakili Pengarah JAWI. Semoga sumbangan ini menjadi cerminan kepada keprihatinan JAWI terhadap semua lapisan masyarakat khususnya yang terkesan banjir baru-baru ini.
“Anda Sumbang, Kami Sampaikan”
SUMBER: FB JAWI FOOD BANK
https://www.facebook.com/JAWIFoodBank