CUBAAN MENYELUDUP MINYAK KE NEGARA JIRAN DIPATAHKAN!

JELI, 06 Januari 2022 – Satu  Ops membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan serta Ops Benteng Covid telah dilaksanakan disini semalam. Operasi yang disertai oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan, Pasukan Gerakan Am Batalion 7 bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan telah mematahkan penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan di sempadan negara di kawasan Kg. Lanchang Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.

Pasukan bertindak setelah mendapat perkongsian maklumat daripada pasukan risikan KPDNHEP selama seminggu, dan telah mengesyaki sebuah bangsal tempat transit sementara dipercayai akan berlaku penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan di sempadan negara.

Hasil pemeriksaan lanjut di dalam bangsal tersebut telah menjumpai kotak-kotak berisi minyak masak paket 1kg bersubsidi disyaki untuk dibawa ke sempadan negara.

Pasukan membuat penyitaan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 terhadap Barang Kawalan iaitu Minyak Masak Paket 1kg bersubsidi sebanyak 3960 kilogram dengan anggaran nilai rampasan RM 9900.00 dan kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDNHEP Negeri Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini dan tindakan tegas akan diambil serta dipertuduhkan di mahkamah selanjutnya.

 

 

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …