MISI “KITO SAYE DEMO” : KONVOI SKUAD KEBAJIKAN BOMBA KELANTAN BERSAMA NGO KE SELANGOR

KOTA BHARU, 05 Januari 2021 – Satu perasmian Pelancaran Konvoi Skuad Kebajikan Bomba Kelantan Bersama NGO Ke Selangor oleh YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, telah diadakan pada Selasa (4 Januari 2022).
Bertemakan misi “Kito Saye Demo”, misi ini merupakan gabungan antara 18 NGO Kelantan

dan anak Kelantan di Lembah Klang melalui keadah pengumpulan sumbangan dari pelbagai pihak antaranya seperti NGO, orang Awam, syarikat Korporat dan agensi. Sumbangan yang dihulurkan merangkumi wang tunai, barangan asas dan peralatan rumah.

Misi sumbangan ini secara khususnya ditujukan kepada anggota bomba Negeri Selangor (Shah Alam dan Klang) dan rakyat negeri Selangor (Shah Alam dan Hulu Langat) yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini, dengan harapan agar misi ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir.


Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …