PERDANA MENTERI KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) SK GANGSA

4 Januari – YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gangsa di Batu Berendam sekitar jam 2.30 petang tadi dan berkesempatan beramah mesra & memberi sumbangan kepada ketua isi rumah yang terlibat ketika banjir di kawasan tersebut.

Perdana Menteri amat berpuas hati dengan pelaksanaan agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir dimana sebanyak  70 peratus sudah menerima bantuan. Pihak kerajaan mensasarkan proses agihan BWI akan dapat diselesaikan sehingga hujung minggu ini.

 

Dalam program lawatan tersebut, beliau turut diiringi oleh Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka & Dato’ Ts. Kamel bin Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

#MelakaMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia #BantuMalaysia #KeluargaMalaysia #MKNMelaka

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …