???’?? ??? ????? #??????????

HULU LANGAT, 31 DISEMBER 2021 – Bencana banjir yang berlaku baru-baru ini merupakan ujian dan dugaan kepada mereka yang terkesan. Walau dalam duka yang melanda, kita dapat menyaksikan bagaimana #RakyatMalaysia bersatu hati dan berganding bahu untuk membantu dalam kerja-kerja pembersihan serta agihan sumbangan kepada para penduduk.

Di samping itu juga, mobilisasi anggota perkhidmatan awam ini juga merupakan inisiatif serta tanggungjawab sosial penjawat awam bersama rakyat selari dengan semangat #KeluargaMalaysia untuk membantu rakyat yang terkesan akibat bencana banjir yang dihadapi baru-baru ini.

Tim Misi Pasca Banjir MKN WPKL telah bersama-sama membantu membersihkan rumah mangsa #banjir di Hulu Langat. Kami berharap semoga misi bantuan dan sumbangan yang telah diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.
—————————————————————————————————————————————————————————–
—————————————————————————————————————————————————————————–

#MKN50

#BantuMalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …