PENYAMPAIAN BANTUAN WANG IHSAN (BWI)

GOMBAK – Selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri, Bantuan Wang Ihsan (BWI) telah mula disalurkan bermula 27 Disember yang lalu kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan kejadian banjir yang melanda di beberapa buah daerah di negeri Selangor. Tiga kaedah pengagihan akan dilaksanakan iaitu kaedah serahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB); serahan tunai rumah ke rumah; dan pemindahan tunai secara dalam talian (EFT) sedang giat diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Keselamatan Negara, Angkatan Pertahanan Awam, NADMA dan lain-lain agensi.

Kaedah pemberian bantuan ini dilaksanakan bagi memudahkan penyaluran bantuan BWI  kepada mangsa dengan segera dan efektif.  Sehingga 30 Disember 2021 seramai 2,480 ketua isi rumah telah menerima BWI di negeri Selangor.  Usaha bagi penyampaian BWI akan terus dilipatgandakan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan banjir.

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …