PENYAMPAIAN SUMBANGAN BENCANA BANJIR MONSUN TIMUR LAUT DAERAH ALOR GAJAH

29 Disember, Alor Gajah – YAB Ketua Menteri Melaka telah menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Bencana Banjir Monsun Timur Laut Daerah Alor Gajah kepada 215 orang Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir di daerah Alor Gajah.
Penyerahan sumbangan diadakan di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.
Di Melaka, seramai 2,528 orang KIR yang terkesan akibat banjir. Setakat ini, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sebanyak RM400,000 kepada Kerajaan Negeri Melaka.
Penerima Sumbangan Monsun Timur Laut menerusi Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 ini adalah daripada 7 kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Ayer Limau, Rembia, Machap Jaya, Gadek, Tanjung Bidara, Taboh Naning dan Durian Tunggal.
Bencana banjir yang berlaku di Melaka baru-baru ini memerlukan anggaran awal kos sebanyak RM11 juta bagi kerja-kerja pembaikan kemudahan awam termasuk membaiki sistem perparitan, menaik taraf longkang dan cerun.
Kerajaan Negeri Melaka melalui pelbagai agensi dan jabatan yang berkaitan juga sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan yang sewajarnya. Pada masa yang sama, beliau juga menyeru kepada mana- mana organisasi lain untuk turut bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Hadir sama, YB Dato’ Ts. Kamel Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Encik Saiful Hazwa Kipli, Pegawai Daerah Alor Gajah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Alor Gajah; YB Datuk Hameed Basheer, ADUN Ayer Limau dan YB Tuan Hj Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin, ADUN Taboh Naning.
Sumber: FB YAB Ketua Menteri Melaka
#KestabilandemiKemakmuran #MelakaMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut