SENTUHAN KASIH MAIWP DI KG. DELIMA, KL

20 KELUARGA YANG TERKESAN DENGAN BANJIR DI KG. DELIMA DISANTUNI

Program Sentuhan Kasih MAIWP : Misi Bantuan Banjir (siri 5) pada 26 Disember 2021 telah menyantuni 20 keluarga yang terlibat dengan musibah banjir di Kg.Delima, KL. Antara bentuk sumbangan yang diberikan ialah bantuan kewangan RM200 bagi setiap keluarga, barangan elektrik (periuk nasi, cerek elektrik dan dapur gas), set barang kebersihan diri (berus gigi, ubat gigi, sabun mandi dan shampoo), keperluan mencuci rumah, (sarung tangan, sabun, penyapu & mop) dan lain-lain keperluan (bantal, selimut, tuala, face mask, pampers, tuala wanita, telekung, kain pelikat, kain batik, toto, tudung sarung & test Covid kit), kit perubatan dan beras.

Sebanyak dua buah “Water Jet” juga telah disumbangkan kepada persatuan penduduk untuk dikongsikan bersama penduduk yang ingin menggunakannya. Semoga dengan sumbangan ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung dan membantu mereka yang terkesan akibat banjir.

 

 

Alhamdulillah, program siri 5 ini juga telah mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak yang menyumbang antaranya:

  • MAIWP HEALTH CARE SDN BHD
  • KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS
  • ZAKAT PULAU PINANG (ZPP)
  • LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)
  • MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR (MAINJ)
  • MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT MELAYU TERENGGANU
  • MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH (MUIS)
  • TELEKUNG SITI KHADIJAH

Terima kasih kepada pembayar zakat terutamanya yang menjadi penyumbang utama program ini. Kepada individu mahupun syarikat yang ingin berkongsi rezeki bersama asnaf boleh salurkan zakat anda kepada PPZ-MAIWP. Salurkan zakat anda secara atas talian mengikut 6 pilihan saluran seperti di dalam link ini :

http://bit.ly/saluranzakat

#PPZMAIWP

#MAIWP

#SentuhanKasihMAIWP

#PusatPungutanZakat

#MemudahkanAndaBerzakat

#berdiribersama

SUMBER: FB PUSAT PUNGUTAN ZAKATĀ https://www.facebook.com/myzakat

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut