MENCEMAR DULI MENYANTUNI RAKYAT

 

KUALA LUMPUR, 24 DISEMBER 2021 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung AlSultan Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah telah mencemar duli menyantuni rakyat yang di tempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Sg. Penchala. Mereka yang ditempatkan di PPS ini adalah keluarga yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh di Kg. Palimbayan, Sg. Penchala. Sejumlah 43 keluarga ditempatkan di PPS ini yang telah melibatkan 24 rumah musnah dan 70 lagi terjejas.

Baginda telah diberi taklimat mengenai kejadian tanah runtuh tersebut serta langkah tindakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur. Turut bersama adalah YB Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan bin Kassim. Baginda turut menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian ini.

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

 

 

Artikel/Berita Terkini

SEKOLAH DALAM WAD, ELAK TERCICIR PdP

Berbeza dengan kebanyakan guru, Farah Fatihah Che Tajudin,37, memulakan rutin pengajarannya setiap pagi dari katil ke katil. Di situ, anak …
Maklumat Lanjut

SELAMAT HARI GURU 2024.

SELAMAT HARI GURU 2024. “Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari …
Maklumat Lanjut

GUNAKAN AIR DAN SERBUK PENAIK UNTUK KURANGKAN KESAN ASID

Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, dinasihatkan kaum wanita atau lelaki supaya membawa sebotol air dalam …
Maklumat Lanjut