DBKL TERUS PERGIATKAN TENAGA KERJA & ASET BANTU MANGSA BANJIR

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan lagi kerahan tenaga kerja dan aset untuk membantu memindahkan mangsa banjir di Sri Muda, Shah Alam, Selangor. Bantuan aset ini bagi membantu dan memudahkan agensi sedia ada memindahkan mangsa banjir ke kawasan yang lebih selamat.

Bantuan juga meliputi pencantasan pokok yang menghalang laluan awam, penggunaan bot serta pengedaran bekalan makanan. DBKL akan terus menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan ini sehingga keadaan kembali pulih seperti sediakala.

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u