OP MURNI: KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG MEMBUAT TINJAUAN UDARA DAN MENZAHIRKAN KEPRIHATINAN MENYANTUNI RAKYAT YANG TERJEJAS BANJIR

JERANTUT, 22 Disember 2021 – Penugasan Op Murni TUDM diteruskan oleh TUDM dengan penugasan helikopter EC725 AP membawa delegasi KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ke kawasan yang terjejas dengan bencana banjir di daerah Jerantut dan kawasan Lanchang. 

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah juga turut menyantuni mangsa – mangsa banjir di 15 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Jerantut dan kawasan Lanchang yang terjejas. Baginda turut menyerahkan bantuan sumbangan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban keluarga mangsa banjir di daerah dan kawasan tersebut. 

Baginda turut membuat tinjauan dari udara kawasan banjir yang terjejas. Penerbangan ini telah dikendalikan oleh Komander Pesawat, Mej Nazrul Nizam bin Ismail TUDM dan dibantu oleh Juruterbang, Kapt Aslam Hariri bin Abdul Rashid TUDM serta Kuartermaster Udara, FSjn Suhaimi bin Othman.

Misi Op Murni diteruskan demi kesejahteraan rakyat ketika negara dilanda banjir kali ini dan TUDM sentiasa menyokong usaha bersepadu  semua pihak. Penghargaan dan terima kasih kepada semua anak kapal pesawat serta semua pihak yang turut terlibat membantu secara langsung atau secara tidak langsung.

Sumber: Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia

Artikel/Berita Terkini

KPDN SABAH RAMPAS 7,380 LITER MINYAK DIESEL

KOTA KINABALU (10 Mei): Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan …
Maklumat Lanjut

RM1.41 BILION PERUNTUKAN LUAR BANDAR DI SABAH TAHUN INI

KOTA KINABALU (10 Mei): Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM1.41 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek atau program pembangunan …
Maklumat Lanjut

LELAKI WARGA KOREA DIDAKWA GUNA DOKUMEN PALSU

KOTA KINABALU (10 Mei): Seorang lelaki warga Korea dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan menggunakan dokumen …
Maklumat Lanjut