KWP DAN DBKL BANTU MANGSA BANJIR DI TAMAN SRI MUDA

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan mengerahkan lebih 100 anggota unit bahagian kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu mangsa banjir di Taman Seri Muda dan Seksyen 25, Shah Alam.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, anggota yang dibawa dibahagikan kepada tiga unit tugasan.

“Pertama, mereka dibawa untuk membersihkan sampah di sekitar kawasan ini memandangkan ia dipenuhi dengan sampah sarap yang dibawa oleh arus banjir.

“Di bahagian lain, mereka akan membantu pihak penyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang masih terperangkap di rumah dan kami giat mendapatkan kenderaan bagi membantu proses ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di sekitar Taman Seri Muda, hari ini.

Selain daripada bantuan tersebut, pihaknya juga sedang mendapatkan tandas dan surau bergerak bagi kemudahan mangsa banjir di kawasan ini termasuk Dengkil dan Bukit Changgang.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, keadaan banjir di Kuala Lumpur sudah reda dan proses pembersihan sedang dijalankan.

“Kita akan gunakan pam besar untuk mengeluarkan air di basement parkir terutamanya,” katanya.

Menurut Shahidan, pihaknya turut bekerjasama dengan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) untuk melakukan siasatan dan kajian mengenai tanah runtuh di 47 lokasi sekitar ibu negara.

“Ada dua cerun utama yang memerlukan pemantauan iaitu Bangsar Indah dan Jalan Duta.

“Kita sudah sediakan perkara yang diperlukan dan ia memerlukan nasihat daripada pakar. Kita tidak boleh buat sesuka hati untuk mengelakkan berlakunya sebarang perkara tidak diingini yang boleh membahayakan nyawa,” katanya. – WILAYAHKU

SUMBER: WILAYAHKU https://www.wilayahku.com.my/

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut