SKUAD KHAS MBPP PASCA BANJIR SEDIA BERKHIDMAT

Shah Alam, 22 Disember 2021 – Skuad Khas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Pasca Banjir yang ditugaskan di Bilik Gerakan Taman Sri Muda Seksyen 25 telah membantu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menguruskan pembersihan sisa makanan dan sampah sarap yang hanyut akibat banjir di sekitar kawasan tersebut. Pasukan-pasukan Misi Bantuan Skuad Khas MBPP Pasca Banjir turut diperluaskan ke tempat-tempat yang memerlukan khidmat sukarelawan antaranya Jalan Bunga Raya, Kampung Lancong Jaya dan kawasan Seksyen 28, Kampung Bukit Lanchong, Selangor.

Skuad Khas MBPP Pasca Banjir ini akan meneruskan misi bantuan pasca banjir dengan sebaik mungkin termasuk menjalankan tugasan pembersihan sisa banjir bagi mengelakkan penularan sebarang wabak atau penyakit, serta memulihkan keadaan kawasan-kawasan yang dilanda banjir kepada keadaan sediakala.

Dalam perkembangan lain, seramai 7 orang wira dari Pasukan Skuad Khas MBPP Pasca Banjir telah terlibat dalam misi bantuan pasca banjir di Bentong, Pahang. Misi pembersihan ini diperkasakan lagi dengan penggunaan jentera seperti sebuah lori combi, sebuah lori HST dan sebuah jentolak.

Semoga wira-wira ini terus bersemangat menghulurkan bantuan dan semua Agensi yang terlibat sentiasa dipelihara keselamatan serta kesihatan.

 

Sumber berita dan gambar:
Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP

 

#KeluargaMalaysia

#BantuMalaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …