RUMAH BAITI JANNATI KELUARGA MALAYSIA @ WP

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2021 – YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan menyempurnakan sesi penyampaian Rumah Baiti Jannati Keluarga Malaysia kepada 38 keluarga miskin tegar dan asnaf di Pusat Komuniti Beringin, Kuala Lumpur. Turut hadir bersama Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Dato’ Sri Hasan Arifin, Pengerusi TNB serta tetamu kehormat.

 

Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan tempat tinggal yang selesa kepada golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal, OKU, golongan asnaf dan fakir miskin di Wilayah Persekutuan. Secara tidak langsung, program ini merupakan salah satu alternatif dalam usaha membasmi masalah kemiskinan bandar di Wilayah Persekutuan.

SUMBER: FB KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/KemWP

Artikel/Berita Terkini

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …