PROGRAM CSR PENYERAHAN SUMBANGAN KIT UJIAN KENDIRI COVID-19

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2021 – Program penyerahan sumbangan Kit Ujian Covid-19 daripada YBhg. Dato’ Seri Ibrahim Haji Ahmad Badawi, Pengerusi Eksekutif Dewina Brahim’s Group kepada Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur disaksikan oleh YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan yang mewakili Menteri Wilayah Persekutuan telah berlangsung di Lobi Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sumbangan kit ujian berjumlah 3,500 ini akan diedarkan oleh DBKL kepada pelajar-pelajar sekolah yang tinggal di PPR/PA DBKL.

Program CSR ini adalah salah satu usaha baik oleh pihak swasta untuk sama-sama membantu kerajaan menangani pandemik Covid-19 khususnya kepada golongan yang terkesan dan memerlukan.

DBKL mengucapkan terima kasih atas usaha ini oleh pihak-pihak swasta dan berharap pihak lain juga akan turut sama terlibat dalam program CSR ini.

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …