MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KUALA LUMPUR BEBAS ASAP ROKOK (KLBAR)

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2021 – Sekitar Majlis Pelancaran Kempen Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok (KLBAR) bertempat di Hotel Intercontinental, Jalan Ampang. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Objektif kempen ini diadakan adalah untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang bebas asap rokok dan menggalakkan pengamalan gaya hidup yang sihat dalam kalangan warga kota.

Turut hadir bersama adalah YBhg. Dato Hj. Che Roslan Bin Che Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan Kementerian Wilayah Persekutuan. Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang Pertandingan Virtual KL Smoke Free City Run 2021.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …