KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER PANGKALAN UDARA SENDAYAN KE PEJABAT MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI SEMBILAN

Sekitar kunjungan hormat Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kolonel Hj Ahmad bin Yusof TUDM ke Pejabat Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan.

Antara tujuan kunjungan hormat ini dilakukan adalah untuk membincangkan jaringan kerjasama dan kolaborasi yang boleh dijalinkan secara bersepadu di antara MKN Negeri Sembilan dan pihak Pangkalan Udara Sendayan.

Selain itu, pelbagai perkara lain turut dibincangkan termasuk hal ehwal berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam dalam konteks keselamatan menyeluruh serta kesepaduan sosial dalam membentuk persekitaran yang lebih selamat dan terpelihara.

Terima kasih diucapkan kepada delegasi Pangkalan Udara Sendayan atas kesudian untuk berkunjung ke MKN Negeri Sembilan.

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut