TOURIST ONE STOP CENTRE @ DATARAN PUTRA

Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang melaksanakan inisiatif untuk memeriahkan lagi kawasan perniagaan di Dataran Putra, Presint 1 agar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya lebih kondusif serta lebih vibrant dan berupaya menarik pelawat dan pelancong ke Putrajaya.

 

Tumpuan diberikan kepada penceriaan, penambahbaikan ruang niaga serta penambahbaikan perkhidmatan agar dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung dan peniaga di samping berupaya menampung keperluan permintaan pasaran.

 

Pembangunkan Tourist One Stop Center di Dataran Putra supaya menjadi pusat tarikan pelancongan terbahagi kepada dua komponen. Komponen pertama adalah pengoperasian Souq Shoppe @ Dataran Putra sebagai pusat jualan produk coklat dan wangian terbesar di Lembah Klang bertaraf antarabangsa setaraf dengan Langkawi dan KLIA yang lebih dekat dan selesa khususnya kepada pengunjung ke Putrajaya dan juga pelancong dalam dan luar negara. Ia telah beroperasi sejak 15 Oktober 2021.

 

Fasa kedua pembangunan Souq Shoppe @ Dataran Putra adalah pembinaan Galeri Muzium Interpretatif yang kini sedang dibangunkan oleh DR Group Holdings Sdn.Bhd dan dijangka siap tahun 2022. Ia akan menonjolkan pameran interaktif keunikan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan seperti fotografi panorama Putrajaya, senibina bangunan ikonik, jambatan, 3D Art Wall, diorama tasik dan cruise, Floria tunnel, Bird watching area, Water sport activities and Hot Air Balloon serta galeri mengenai tokoh penting negara.

#putrajaya

#KeluargaMalaysia

#OurCityOurHome

SUMBER: FB PERBADANAN PUTRAJAYA https://www.facebook.com/putrajaya

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut