KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KECIL MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI KE MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA TIMUR, KOTA KINABALU SABAH

Kota Kinabalu Sabah 22 Oktober 2021. YBhg Datin Salina binti Ismail @ Che Ani selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah meluangkan masa melakasanakan kunjungan hormat  ke markas pemerintahan Armada Timur, Kota Kinabalu Sabah.

Lawatan tersebut adalah atas dasar kebersamaan MKN dan pasukan ATM yang menguruskan ancaman pandemik Covid-19. Sesi ramah mesra ini adalah bertujuan untuk bertukar pengalaman dan pendapat mengenai peranan wanita acapkali dilihat sebagai tulang belakang kepada keluarga barisan hadapan.

Delegasi PUSPANITA MKN JPM Dan BAKAT Laut mendengar amanat daripada pengerusi kedua-dua persatuan dan seterusnya bertukar cenderahati.

BAKAT Laut juga telah berbesar hati menjemput delegasi PUSPANITA untuk menikmati minum petang di atas kapal perang, KD Selangor. sebelum itu, rombongan telah dibawa melawat di dalam kapal dan diberikan taklimat tentang fungsi kapal dan perjawatan oleh Pegawai TLDM Wanita, Lt Kdr. Yin.

#MKN50
#LindungiDiriLindungiSemua
#KeluargaMalaysia
#kitajagakita
#SabahMajuJaya

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …