LAWATAN RASMI DATUK KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA KE MKN NEGERI SABAH

Kota Kinabalu Sabah 21 Oktober 2021. Lawatan sulung YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad ke Negeri Bawah Bayu sejak dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara, (KPKN) yang baharu. Sebelum ini, YBhg. Datuk Haji Rodzi Md Saad pernah berkhidmat di Sabah termasuk sebagai Pengarah Keselamatan Negeri Sabah selama 13 Tahun. Sudah tentulah tanah bertuah ini amat dekat di hati beliau.

Warga MKN Sabah amat berbesar hati menerima lawatan rasmi YBhg. Datuk yang kini menjawat antara peranan terpenting dalam pengurusan pandemik ini.

Lawatan Rasmi YBhg. Datuk Ketua Pengarah Keselamatan Negara dimulakan dengan sesi Inspirasi Kejayaan Hebat Lonjakan Aspirasi Strategik (IKHLAS 11.0) di mana KPKN meluangkan masa berkongsi aspirasi dan matlamat MKN Ibu Pejabat dengan seluruh MKN negeri agar bergerak senada mencapai matlamat yang sama tanpa ada sebarang jurang.

Amanat daripada YBhg. Datuk Haji Rodzi Md Saad memberi kesan mendalam kepada warga MKN Sabah mengambil kira pengalaman beliau yang luas di Negeri Sabah terutamanya dalam selok belok bidang keselamatan. Sesi libaturus dan ramah mesra bersama kumpulan pegawai memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan nasihat dan panduan secara langsung daripada YBhg. Datuk Ketua Pengarah MKN pada masa lapang di luar waktu rasmi.

Program IKHLAS merupakan legasi YBhg. Datuk KP MKN khusus bagi sesi coaching pejabat pejabat MKN di negeri negeri.

Terima kasih YBhg. Datuk Haji Rodzi Bin Md Saad
Ketua Pengarah Keselamatan Negara,
Majlis Keselamatan Negara

#MKN50
#LindungiDiriLindungiSemua
#KeluargaMalaysia
#kitajagakita
#SabahMajuJaya

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …