TIMBALAN KPN SANTUNI PENDUDUK PPR BERINGIN SEMPENA PROGRAM KHIDMAT AMAL

KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim menyantuni penduduk Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara sempena Program Khidmat Amal anjuran Pertubuhan Dai Kuala Lumpur di Surau Jumaat Al-Hikmah.

 

Program tersebut bertujuan menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan khususnya warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah mencurah bakti dalam menangani penularan wabak COVID-19 dan golongan asnaf yang bermastautin di flat berkenaan.

 

Sebanyak 300 kotak barangan keperluan asas telah disampaikan oleh Datuk Seri Hj. Mazlan kepada para penerima, hasil sumbangan rakan-rakan strategik yang terlibat menjayakan program tersebut.

 

Hadir sama Pengerusi Pertubuhan Dai Kuala Lumpur, Ustaz Azizi Ab Hamid, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling), DCP Tuan Sulaiman Hj. Yahya, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Tuan Ruslan Khalid, Pemangku Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, SAC Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif dan Ketua Penolong Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, SAC Tuan Azhan Abdul Halim.

SUMBER: FB POLIS DIRAJA MALAYSIA (ROYAL MALAYSIA POLICE)  https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial

Jurugambar: Lans Koperal Mohd Shazril Abd Rashid

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …