Telah berlangsungnya satu lawatan sosial ke Pusat Pemulihan dalam Komuniti Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan melibatkan ahli-ahli PUSPANITA MKN Putrajaya, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Melaka semalam.
Objektif penganjuran program ini bertujuan untuk menyantuni golongan istimewa di samping membawa aspirasi MKN sebagai salah satu dasar payung di bawah keselamatan menyeluruh (COMSEC) termasuk aspek sosial dan kebajikan rakyat di Negara ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada PPDK Seri Menanti kerana sudi menerima kehadiran tim PUSPANITA MKN dan diharapkan ukhwah yang telah dibina berkekalan.