OPS PATUH – DBKL

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi pasukan khas Jabatan Penguatkuasaan (JPK) meneruskan lagi Ops Patuh Terhadap Premis Perniagaan / Komersial di 11 kawasan parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL). Operasi ini telah dilaksanakan pada 1 September hingga 15 September 2021.

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 562 buah premis / syarikat telah dibuat pemeriksaan yang melibatkan aktiviti perhotelan, pusat urut, perniagaan restoran, kedai pakaian / jahitan baju, kedai runcit, pasaraya, kedai barangan am dan lain-lain aktiviti yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

 

 

Tujuan operasi adalah untuk memastikan pengendali premis perniagaan mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan lain-lain akta dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan DBKL.

8 notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Akta 342 dengan pelbagai kesalahan terhadap individu /pemilik premis / syarikat yang ingkar pematuhan SOP PPN yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

DBKL turut membuat penutupan (sealed) terhadap 18 buah premis melalui Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang melibatkan 2 buah premis hotel kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral (urutan seks) dan 16 buah premis perniagaan yang dikendalikan oleh warganegara asing.

DBKL telah menahan 4 orang warga Thailand, 4 orang warga Indonesia, 6 orang Vietnam (pekerja seks/tukang urut) kerana terlibat dalam aktiviti tidak bermoral. Manakala 9 orang warga Bangladesh, 6 warga Pakistan, 4 warga India dan 5 warga Indonesia turut diambil maklumat bagi tujuan dokumentasi kerana mengendalikan premis perniagaan tanpa kebenaran.

Tindakan sita terhadap 29 pelbagai barangan turut dilakukan melibatkan monitor, cctv, amplifier, kondom, minyak pelincir, video dekoder, buku log, modem dan lain-lain peralatan. Barangan yang di sita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras bagi tujuan penyimpanan dan dokumentasi.

DBKL turut mengeluarkan 96 notis kompaun pelbagai kesalahan iaitu :

  1. 26 notis kompaun UUK 3(1) dan 32 notis kompaun UUK 20(1)(b) di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016;
  2. 10 notis kompaun UUK 3(1) dan 25 notis kompaun UUK 22(1)(b), di bawah UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016;
  3. 1 notis kompaun UUK 5, di bawah UUK Iklan (WPKL) 1982; dan
  4. 3 notis kompaun UUK 3(1), di bawah Undang-Undang Pelesenan Penjaja Gerai (WPKL) 2016.

 

 

Tindakan Ops Patuh DBKL ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga tamat tempoh PPN dikuatkuasakan. Tindakan khas ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta S.O.P DBKL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Warga kota boleh membantu dengan menyalurkan maklumat kepada pihak DBKL secara atas talian seperti link yang telah disediakan:

https://adukl.dbkl.gov.my

#OPSPATUHDBKL

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …