GEROBOK REZEKI

KUALA LUMPUR, 20 SEPTEMBER 2021 – Bertempat di Masjid Jamek Al-Khadijah Pantai Dalam, Kuala Lumpur berlangsung Majlis Penyerahan Replika Cek Gerobok Rezeki daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pada majlis ini, YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyerahkan replika cek berjumlah RM937,000.00 kepada Datuk Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI dengan disaksikan oleh Encik Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. Dana gerobok rezeki ini akan memberi manfaat kepada masyarakat sekitar di 89 buah masjid dan 123 buah surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP Mahadi Sukarno dan Pengurus Bahagian Baitulmal, Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya.

Terima kasih pembayar zakat. Amanah anda kami tunaikan.

#MAIWPPRIHATIN

#MAIWP

#GEROBOKREZEKI

#ZAKAT

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …