PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN JELAJAH PULAU DAN KAMPUNG ORANG ASLI DAERAH MERSING

MERSING, 27 Ogos 2021 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor (MKN Negeri Johor) telah berkesempatan menghadiri Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Jelajah Pulau dan Kampung Orang Asli Daerah Mersing. Program ini bertujuan bagi memberikan suntikan dos kedua kepada penduduk pulau dan masyarakat Orang Asli sekaligus mempercepatkan proses membentuk #ImunitiKelompok di daerah Mersing. Program ini diselaraskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Mersing dan disokong penuh oleh Pejabat Daerah Mersing dan Southern Volunteers Mersing. Seramai kira-kira 70 orang petugas dari pelbagai agensi telah diamanahkan untuk membantu proses pemberian vaksin ini. Program ini melibatkan Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Tinggi dan Pulau Sibu. Sebanyak kira-kira 600 orang penduduk pulau telah berjaya menerima vaksin dos kedua pada 27 Ogos 2021 (Jumaat).

MKN ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di Pulau-Pulau Daerah Mersing.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada kumpulan sasar sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

                   

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …