#INFOVAKSIN: AKTIVITI MOPPING VAKSIN COVID-19 DI PUTRAJAYA

Pejabat Kesihatan WP Putrajaya telah menjalankan aktiviti mopping vaksin COVID-19di beberapa lokaliti di sekitar Putrajaya iaitu Pangsapuri Putra Harmoni, Pangsapuri Putra Damai dan PPAM Pudina bermula pada 22 sehingga 28 Ogos 2021.

Ringkasan daripada aktiviti mopping tersebut :

1.Pangsapuri Putra Harmoni (25 Ogos 2021)

  • Bilangan rumah diperiksa – 558
  • Jumlah bilangan penghuni – 2037
  • Jumlah temujanji – 73

 

2. Pangsapuri Putra Damai (26 Ogos 2021)

  • Bilangan rumah diperiksa – 433
  • Jumlah bilangan penghuni – 1117
  • Jumlah temujanji – 38

 

3. PPAM Pudina (27 & 28 Ogos 2021)

  • Bilangan rumah diperiksa – 404
  • Jumlah bilangan penghuni – 985
  • Jumlah temujanji – 3

Objektif aktiviti ini adalah untuk mengenal pasti warga Putrajaya yang masih belum menerima temujanji suntikan vaksin COVID-19.

Petugas Kesihatan telah ke kediaman warga Putrajaya dan membantu memberikan temujanji vaksin kepada mereka yang masih belum mendapat temujanji. Bagi warga Putrajaya yang masih belum menerima temujanji vaksin, bolehlah klik di link ini https://bit.ly/ppvputrajaya.

Ayuh Warga Putrajaya, marilah kita bersama-sama mencapai Imuniti Kelompok dengan kadar segera. Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini, boleh hubungi talian CPRC Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya di talian 03 8885 1070.

 

Kita Jaga Kita

Lindung Diri, Lindung Semua

#Putrajayamestimenang

#sihatmilikku

SUMBER: FB PEJABAT KESIHATAN WP PUTRAJAYA https://www.facebook.com/PKWPPutrajaya/

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut