ATM BERAS @ RUMAH PRIHATIN

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2021 – Pengasas RumahPrihatin@GrandSeasons, Tan Sri TPr Annuar Musa melancarkan mesin ATM Beras bagi memudahkan golongan miskin memperolehi bekalan makanan itu.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, projek ATM beras yang pertama seumpamanya di Kuala Lumpur menyifatkan ia sebagai projek perintis untuk memudahkan golongan miskin tanpa melalui birokrasi.

“Secara teknikalnya, ia boleh dilakukan dan kita berharap dapat sumbangan atau penyertaan daripada mana-mana pihak untuk menempatkan ATM Beras di beberapa lokasi dan ia dimulakan di RumahPrihatin.

“Untuk permulaan, kita jangkakan kira-kira satu tan beras akan diagih-agihkan melalui ATM Beras setiap hari,” katanya kepada pemberita selepas sesi Flag Off konvoi Jejak Prihatin merasmikan operasi ATM Beras di RumahPrihatin di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif RumahPrihatin, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaizalnizam Zainun.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan masyarakat untuk memberikan perhatian kepada kesejahteraan kanak-kanak terutama dari keluarga yang berpendapatan rendah dengan memberikan pemainan secara percuma melalui inisiatif terbaharu ToyBankPrihatin.

“Mereka ini daripada keluarga kurang mampu, saya harap mereka dapat disantuni oleh sukarelawan atau persatuan penduduk dan sebagainya.

“Mereka boleh membawa anak-anak itu ke ToyBank@RumahPrihatin untuk mendapatkan toys (alat permainan) ini secara percuma,” katanya. -WILAYAHKU

SUMBER: WILAYAHKU https://www.wilayahku.com.my/

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut