PROGRAM IMUNISASI OUTREACH VAKSINASI COVID-19 DAERAH JOHOR BAHRU DI DEWANRAYA KAMPUNG SUNGAI MELAYU, JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 20 Ogos 2021 – YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor telah meluangkan masa mengadakan tinjauan ke pusat vaksinasi bergerak menerusi Program Imunisasi Outreach Vaksinasi COVID-19 di Dewanraya Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah. Sebuah bas yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah dijadikan pusat vaksinasi bagi melancarkan proses pemberian suntikan. Kira-kira 500 orang telah menerima vaksin dos pertama menerusi program tersebut yang bermula jam 9 pagi.

Turut hadir, Datuk Bandar MBIP, YB Dato’ Haji Mohd. Haffiz Ahmad; Pegawai Daerah Johor Bahru, YB Dato’ Haji Abdul Rahman Salleh; Ahli Majlis MBIP Kota Iskandar dan Ketua Kampung Sungai Melayu, Encik Suzaidi Ibrahim.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada kumpulan sasarr sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut