LAWATAN PEGAWAI DAERAH KOTA TINGGI KE PROGRAM MOBILISASI VAKSIN KOMUNITI (MOVAK) DEWAN SRI SAYONG, FELDA SUNGAI SAYONG, MUKIM ULU SG JOHOR DAERAH KOTA TINGGI

KOTA TINGGI, 13 Ogos 2021 – YBhg Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah mengadakan lawatan ke Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) yang bertempat di Dewan Sri Sayong, Felda Sungai Sayong, Mukim Ulu Sungai Johor, daerah Kota Tinggi pada 13 Ogos 2021. Lawatan yang diadakan ini adalah bertujuan untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar dan sempurna serta memenuhi piawaian yang ditetapkan dari segi fasiliti, kelengkapan, kemudahan petugas dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, program ini turut diadakan di Klinik Kesihatan Sungai Rengit, Mukim Pantai Timur yang menyasarkan kepada penduduk di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman serta pekerja-pekerja di kawasan ladang untuk mendapatkan suntikan vaksinasi bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan seterusnya mencapai imuniti kelompok dalam masyarakat.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini khususnya Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Pejabat Perpaduan Daerah Kota Tinggi, Majlis Perbandaran Pengerang (MPP), Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), FELDA serta para sukarelawan daripada Southern Volunteers dan Sukarelawan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) yang turut sama-sama membantu dalam menjayakan program vaksinasi ini.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan sasar sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang 

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …