JOHOR VAKSIN-IMMUNISATION PROGRAMME (JVIP) BANTU MEMPERCEPATKAN PELAN PEMULIHAN EKONOMI &TINGKAT KADAR VAKSINASI DI JOHOR

JOHOR BAHRU, 6 Ogos 2021 – Johor Vaksin Immunisation Programme (JVIP) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor dalam menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dijayakan oleh Kerajaan Persekutuan. Pelaksanaan program vaksin berbayar tersebut adalah bertujuan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi negeri dan perjalanan proses imuniti kelompok di Negeri Johor.

JVIP adalah khusus untuk sektor industri atau syarikat yang mahu menyegerakan suntikan kepada pekerja mereka. Buat permulaan program itu hanya ditawarkan kepada barisan hadapan ekonomi sebelum diperluaskan sepenuhnya kepada orang awam.

Program ini diterajui oleh J-Biotech yang mewakili Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama daripada Pharmaniaga sebagai pembekal, manakala Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) sebagai penyedia pusat dan khidmat vaksinasi. Sebagai permulaan, sebanyak 20,000 dos telah diperuntukkan untuk JVIP setakat ini dengan bayaran RM350 bagi dua dos lengkap.

YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hasni bin Mohammad telah mengadakan tinjauan di PPV Hospital KPJ Johor dan  turut hadir dalam program tinjauan tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Azmi Rohani; Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Sallehuddin Hassan; Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato’ Dr. Aman Rabu; Ketua Pegawai Eksekutif J-Biotech, Ahmad Ma’in dan Ketua Eksekutif  Wilayah KPJ, Tuan Haji Asmadi Bakri.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan sasar sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

#MKN50
#MKNJohor
#KeepJohorSafe
#KitaMestiMenang
#BerdiriBersamaJohor
#KitaJagaKita
#LindungDiriLindungSemua
#KenaliPPVJohor

Sumber gambar:
MKN Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …