JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SEMBILAN SEDIAKAN BAS PAMERAN BANTU TINGKATKAN VAKSINASI KAWASAN PEDALAMAN

JEMPOL : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan mengambil inisiatif menyediakan bas bagi membantu melancarkan lagi proses pemberian vaksin ke kawasan pedalaman sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak.

Pemangku Ketua Zon 3 Jempol, JBPM Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Ahmad Nazmi Halil berkata, kemudahan dengan menggunakan Bas Pameran Bergerak (Bomba) itu adalah bagi memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan ketika ini di seluruh negara berjaya.

“Ini julung kalinya bas yang digunakan untuk pameran bomba akan digunakan untuk pemberian vaksin di negeri ini. Kemudahan ini juga akan diteruskan di lokasi lain bergantung kepada permintaan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau permintaan pihak berkaitan.

“Kami harap agar usaha ini akan dapat melancarkan lagi kadar vaksinasi penduduk khususnya di kawasan pedalaman,” katanya pada Majlis Simbolik Penyerahan Bas Pameran Bergerak (Bomba) di PVV Bergerak Peringkat Daerah Jempol di Sekolah Kebangsaan (SK) (Felda) Lui Selatan.

Kredit : Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut