KEBENARAN MAJLIS AKAD NIKAH DI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN

Jabatan Agama Islah Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menetapkan perluasan kebenaran Majlis Akad Nikah di Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk maslahah umat Islam berkuatkuasa 1 Ogos 2021 (Ahad) seperti berikut :

  1. Majlis akad nikah dibenarkan untuk dijalankan di masjid-masjid yang terpilih dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan
  2. Mereka yang telah mempunyai Kebenaran Berkahwin JAWI boleh membuat janji temu dengan pihak masjid yang disenaraikan bagi mendapatkan tarikh serta waktu akad nikah bermula pada hari ini, 29 Julai 2021.
  3. Kehadiran ke majlis akad nikah di masjid-masjid yang terpilih di Wilayah-Wilayah Persekutuan terhad kepada 3 orang sahaja iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali. Jurunikah dan dua (2) orang saksi adalah dari pihak JAWI/ Masjid yang berkenaan.

Versi PDF di t.me/JAWI_KL

Garis panduan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara boleh layari laman facebook JAWI di https://www.facebook.com/JAWIWP

SUMBER: https://www.facebook.com/JAWIWP

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …