TINJAUAN YAB MENTERI BESAR JOHOR KE TANJUNG SEDILI, JOHOR YANG DILANDA RIBUT

KOTA TINGGI, 24 Julai 2021 – YAB Menteri Besar Johor telah mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan di Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang teruk dilanda ribut pada petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, hujan lebat berserta ribut dan angin kencang telah mengakibatkan 291 rumah dan beberapa bangunan kerajaan rosak. Sebanyak tujuh kampung terjejas dalam kejadian ribut tersebut, antaranya Kampung Teluk Jeri Luar, Kampung Teluk Jeri Dalam, Tanah Putih dan Kampung Sri Gading. Turut terjejas ialah Klinik Kesihatan Sedili Besar, kuarters polis serta kuarters klinik kesihatan dan beberapa sekolah.

Selain meninjau keadaan semasa di kawasan tersebut, beliau juga telah berjumpa dan bertanya khabar serta keperluan mangsa-mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Setia Jaya, Tanjung Sedili.

Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi membantu mangsa kejadian ribut. Bagi bantuan awal, sebagai permulaan setiap keluarga akan menerima wang tunai RM1,000 daripada Kerajaan Negeri, RM400 daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan bakul makanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Peruntukan itu juga meliputi bantuan membaiki rumah sebanyak RM5,000 hingga RM15,000 untuk setiap keluarga berdasarkan kerosakan kediaman mereka.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, YB Rasman Ithnain dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) YB Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh yang juga ADUN Permas.

Semoga semua penduduk yang terjejas bersabar dan tabah atas ujian ini.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Sumber: Hasni Mohammad

 

   

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …