7 BGD LAKSANA PROGRAM SUNTIKAN VAKSIN SECARA PANDU LALU

JOHOR, 17 Julai 2021 – Seramai 1,350 penerima vaksin terdiri daripada ahli keluarga dan kakitangan awam di bawah naungan Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) terlibat dalam Program Suntikan Vaksin secara Pandu Lalu pada 17 hingga 18 Jul 2021. Program dilaksanakan bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan melibatkan lima saluran laluan kenderaan berserta lima stesen suntikan membabitkan seramai 60 petugas.

Pelaksanaan program ini merupakan satu alternatif yang berupaya mempercepat proses pemberian vaksin berbanding pemberian suntikan secara statik, sekali gus berupaya mencapai imuniti kelompok dalam kalangan warga tentera dan keluarga dalam tempoh lebih cepat. Program ini sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga yang menitikberatkan peningkatan kemudahan kesihatan kepada warga TD.

– Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …