PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) FELDA MAOKIL, MUAR JOHOR

Muar, 21 Julai 2021 – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Felda Maokil, Muar Johor telah dilaksanakan berkuatkuasa pada 14 hingga 27 Julai 2021.

Bagi memastikan pengurusan dan perjalanan pelaksanaan PKPD Felda Maokil Muar ini berjalan lancar dan terkawal dianggarkan seramai 125 orang petugas, anggota dan pegawai daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah Muar, Majlis Perbandaran Muar (MPM), Polis Bantuan dan pihak Pengurusan FELDA yang terlibat.

Bagi menjaga kebajikan penduduk juga, bantuan bekalan makanan telah diedarkan termasuk bantuan dari NGO dan pemimpin setempat.

Terima kasih semua petugas! Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus siang dan malam dalam memastikan kebajikan penduduk dan kelancaran PKPD di Felda Maokil, Muar.

Pesanan untuk semua rakyat Johor. Terus amalkan kawalan kendiri. Terus kekal di rumah. Keluar hanya bila perlu. Terus amalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka apabila berada di luar dan elakkan 3S (tempat sesak, tempat sempit dan sembang dekat). Hanya kita yang mampu mengawalnya. Kerana kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Sumbangan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pagoh
Sumbangan Tabung Mampu Infaq Muar Perkasa 2030
 
Bantuan Bakul Makanan Kepada Penduduk Terjejas
Pergerakan Pengeluaran Wang Tunai oleh Penduduk Felda Bersama Petugas Pemantauan.
Bilik Gerakan Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 di Felda Maokil, Muar & Taklimat Bantuan Agihan PKPD
Sesi Swab Test di Dewan Semai Bakti, Felda Maokil dan Proses Pemotongan Gelang Kuarantin 

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …