DBKL TUTUP 3 HOTEL DAN PERIKSA 740 PREMIS DALAM OPS PATUH

KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2021Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi pasukan khas Jabatan Penguatkuasaan (JPK) meneruskan lagi Tindakan Ops Patuh Terhadap Premis Perniagaan / Komersial di 11 kawasan parlimen Wilayah Persekutun Kuala Lumpur (WPKL) pada 9 Julai hingga 15 Julai 2021.

Dalam Ops Patuh DBKL kali ini, sebanyak 740 buah premis/syarikat telah dibuat pemeriksaan melibatkan aktiviti perhotelan, pusat urut, perniagaan restoran, kedai runcit, pasaraya, kedai barangan am dan lain-lain aktiviti yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN). Pemeriksaan adalah untuk memastikan perniagaan yang dibenarkan beroperasi sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sebanyak 9 notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana pelbagai kesalahan terhadap pemilik premis / syarikat yang ingkar pematuhan SOP PPN yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

DBKL turut membuat 8 tindakan penutupan premis (sealed), melalui Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 termasuk 3 buah hotel yang menjalankan aktiviti tidak bermoral (urutan seks) serta tindakan sita pelbagai barangan seperti kondom, minyak pelincir, video rekoder dan lain-lain.

40 notis kompaun telah turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan iaitu:-

  1. 7 notis kompaun UUK 3(1);
  2. 1 notis kompaun UUK 18(1);
  3. 26 notis kompaun UUK 20(1)(b) di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016;
  4. 2 notis kompaun UUK 3(1);
  5. 2 notis kompaun UUK 22(1)(b), UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016; dan
  6. 2 notis kompaun Seksyen 29 Akta Hotel WPKL 2003.

Ops Patuh DBKL ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga tamat tempoh PPN dikuatkuasakan.

Tindakan khas ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta S.O.P DBKL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Warga kota boleh memberikan kerjasama dengan menyalurkan aduan kepada pihak DBKL secara atas talian seperti link yang telah disediakan:-

http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do

 

 

 

 

 

 

 

#OPSPATUHDBKL

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

Sumber: https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut